Thursday, February 5, 2009

SEJARAH AYAT KURSI


Ayat ini diturunkan setelah hijrah. Semasa penurunannya ia telah diiringi oleh beribu-ribu malaikat kerana kehebatan dan
kemuliaannya. Syaitan dan iblis juga menjadi gempar kerana adanya satu perintang dalam perjuangan mereka. Rasullah s. a. w. dengan segera
memerintahkan Zaid bt sabit menulis serta menyebarkannya.

Sesiapa yang membaca ayat Kursi dengan khusyuk setiap kali selepas sembahyang fardhu, setiap pagi dan petang, setiap kali
keluar masuk rumah atau hendak musafir, InsyaAllah akan terpeliharalah dirinya dari godaan syaitan, kejahatan manusia, binatang buas yang akan
memudaratkan dirinya bahkan keluarga, anak-anak, harta bendanya juga akan terpelihara dengan izin Allah s. w. t.

Mengikut keterangan dari kitab"Asraarul Mufidah" sesiapa mengamalkan membacanya setiap hari sebanyak 18 kali maka akan dibukakan
dadanya dengan berbagai hikmah, dimurahkan rezekinya, dinaikkan darjatnya dan diberikannya pengaruh sehingga semua orang akan menghormatinya serta terpelihara ia dari segala bencana dengan izin Allah. Syeikh Abu Abbas ada menerangkan, siapa yang membacanya sebanyak 50 kali lalu ditiupkannya pada air hujan kemudian diminumnya, InsyaAllah Allah akan mencerdaskan akal fikirannya serta Fadhilat Ayat Al-Kursi mengikut Hadis-Hadis Rasullullah s. a. w. bersabda bermaksud:

"Sesiapa pulang ke rumahnya serta membaca ayat Kursi, Allah hilangkan segala kefakiran di depan matanya."

Sabda baginda lagi; "Umatku yang membaca ayat Kursi 12 kali pada pagi Jumaat, kemudian berwuduk dan sembahyang sunat dua rakaat, Allah memeliharanyadaripada kejahatan syaitan dan kejahatan pembesar."

Orang yang selalu membaca ayat Kursi dicintai dan dipelihara Allah sebagaimana DIA memelihara Nabi Muhammad. Mereka yang beramal dengan bacaan ayat Kursi akan mendapat pertolongan serta perlindungan Allah daripada gangguan serta hasutan syaitan. Pengamal ayat Kursi juga, dengan izin Allah, akan terhindar daripada pencerobohan pencuri.

Ayat Kursi menjadi benteng yang kuat menyekat pencuri daripada memasuki rumah. Mengamalkan bacaan ayat Kursi juga akan memberikan
keselamatan ketika dalam perjalanannya. Ayat Kursi yang dibaca dengan penuh khusyuk, Insya-Allah, boleh menyebabkan syaitan dan jin terbakar. Jika anda berpindah ke rumah baru maka pada malam pertama anda menduduki rumah itu eloklah anda membaca ayat Kursi 100 kali, insya-Allah
mudah-mudahan anda sekeluarga terhindar daripada gangguan lahir dan batin. Barang siapa membaca ayat Al-Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya, Allah mewakilkan 2 orang Malaikat memeliharanya hingga subuh.

Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir setiap sembahyang Fardhu, ia akan berada dalam lindungan Allah hingga sembahyang
yang lain. Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap sembahyang, tidak menegah akan dia daripada masuk syurga kecuali maut, dan barang
siapa membacanya ketika hendak tidur, Allah memelihara akan dia ke atas rumahnya, rumah jirannya & ahli rumah2 di sekitarnya. Barang siapa
membaca ayat Al-Kursi diakhir tiap-tiap sembahyang Fardhu, Allah menganugerahkan dia hati-hati orang yang bersyukur perbuatan2
orang yang benar, pahala nabi2 juga Allah melimpahkan padanya rahmat. Barang siapa membaca ayat Al-Kursi sebelum keluar rumahnya, maka Allah
mengutuskan 70,000 Malaikat kepadanya, mereka semua memohon keampunan dan mendoakan baginya. Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir sembahyangAllah azza wajalla akan mengendalikan pengambilan rohnya dan ia adalah seperti orang yang berperang bersama nabi Allah sehingga mati
syahid. Barang siapa yang membaca ayat al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah berkenan memberi pertolongan kepadanya Dari Abdullah bin 'Amr r.a. , Rasullullah s. a. w. bersabda,


Allahu Akbar !
Saya tidak pernah menyangka-nyangka bahwa dengan meneruskan kalimat ini ke rakan dan saudara sekalian, Allah memberikan saya rezeki yang
tidakdisangka-sangka... Memang tidak sampai 12 jam setelah saya kirimkan pesan itu... tapi limpahan kurniaNya kepada saya sungguh diluar pemikiran saya...

Subhanallah ! Alhamdulillah....

AL-QAYYUM, AL-MAJID, AL-WAJID, AL-WAHID, AL-AHAD, AL-SAMAD,
AL-KADIR, AL-MALIK, AL-RAHMAN, AL-RAHIM


ALLAH SWT TIDAK PERNAH TIDAK DAPAT MENYEMPURNAKAN PESANNYA,


AMALAN-AMALAN SEMASA HAMIL

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENGASIHANI

FIRMAN ALLAH:

Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dari suatu saripati dari tanah. Kemudian Kami jadikan saripati itu air mani (yang disimpan) dalam tempat yang kukuh (rahim). Kemudian air mani itu Kami jadikan segumpal darah (alaqah). Lalu alaqah itu Kami jadikan segumpal daging (mudghah). Lalu mudghah itu kami jadikan tulang belulang. Lalu tulang belulang itu Kami bungkus dengan daging. Kemudian Kami jadikan makhluk yang (berbentuk) lain. Maha Suci Allah, Pencipta yang paling baik.

(Surah Al-Mukminun:12-14)

GANJARAN UNTUK ISTERI YANG MENGANDUNG DAN MELAHIRKAN ANAK

Rasulullah (s.aw) telah bersabda yang bermaksud:

Apakah redha, hai golongan wanita, bahawasanya seorang wanita yang sedang hamil dari suaminya yang telah dinikah dengan halal (menurut syariat Islam), Allah memberikan pahala kepadanya sebagaimana pahala orang berjihad fisabilillah. Apabila ia merasa sakit untuk melahirkan anaknya maka ia mendapat pahala yang banyak sekali sehingga manusia tidak mengerti seberapa banyaknya pahala itu. Apabila telah lahir lalu disusui, bagi ibu itu satu tegukan dari susunya Allah memberi dia pahala satu kebaikan. Apabila si ibu semalaman tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah memberi pahala seperti memerdekakan 70 hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah.

(Riwayat Al-Hassan Bin Safwan, Thabrani dan Ibnu AS-Sahir dan Salamah yang menyusukan Sayidina Ibrahim Putera daripada Rasulullah)

TANGISAN BAYI DOA BUAT AYAH DAN IBU

Rasulullah s.a.w bersabda:

Janganlah kamu pukul anak-anak kamu disebabkanmereka menangis, sebab pada umur 4 bulan pertama dari lahirnya dia bersyahadah, pada 4 bulan kedua dia berselawat atasku dan pada 4 bulan kemudiannya dia mendoakan kedua ibubapanya.

(Riwayat Abdullah Ibnu Umar)

AKHLAK DAN AMALAN-AMALAN BAIK SEMASA HAMIL

Tidak dapat dinafikan bahawa akhlak dan sikap seorang ibu ketika mengandung adalah berbeza-beza. Akhlak dan sikap seorang ibu pasti akan mempengaruhi janin dalam kandungan. Ketika seseorang wanita itu sedang hamil(mengandung), maka beberapa perkara penting hendaklah diberikan perhatian sebagai langkah awal ke arah memperolehi anak yang soleh dan sihat. Di antaranya ialah:

1. Seseorang Ibu yang hamil selalu dikaitkan dengan sifat pemarah dan mudah hilang sabar. Untuk mendapatkan anak yang bakal dilahirkan itu mempunyai jiwa yang kuat, sifat marah tersebut hendaklah dijauhi sama sekali. Selain daripada itu, ia juga mendatangkan banyak keburukan pada diri sendiri dan orang lain.

2. Perbanyakkan melakukan ibadah dengan sebaik mungkin, seperti sedeqah dan memberi pertolongan kepada orang lain.

3. Banyakkan membaca Al-Quran dan selalu berusaha mendekatkan hati dengan Allah s.w.t. Sebagaimana Imam Syafie semasa di dalam kandungan ibunya, ibunya sentiasa membaca surah Al-Fatihah dan Yaasin serta menyeru kandungannya supaya memahami apa yang dibacanya.

4. Memperbanyakkan doa semoga anak dilahirkan dangan kelahiran yang mudah dan sejahtera, sihat sempurna, mempunyai akhlak yang mulia, cerdik berakal dan berilmu serta beramal soleh terutama setiap kali selepas mengerjakan kewajipan sembahyang lima waktu.

5. Hendaklah sentiasa menutup aurat.

6. Jagalah kesihatan sepanjang kehamilan seperti banyakkan bersenam dan makan makanan-makanan yang berzat dan berkhasiat.

7. Hendaklah sentiasa menjaga makanan minuman dari sumber yang syubahat atau haram.

8. Hendaklah menjaga kebersihan kerana kebersihan adalah sebahagian daripada iman.

9. Hendaklah sentiasa menjaga adab-adab seperti jangan makan sambil berjalan, adab pergaulan dengan orang ramai dan lain-lain.

10. Dilarang menyakiti atau menyiksa binatang, kerana dikhuatiri balasan Allah akan ditimpakan kepada anak yang dikandung.

ADAB ISTERI TERHADAP SUAMI KETIKA HAMIL

Sebagaimana suami, maka isteri juga perlu menjaga adab serta menghormati suami, lebih-lebih lagi ketika sedang hamil, semoga dengan itu keharmonian dapat dicapai dalam suasana rumahtangga yang sekaligus mempengaruhi janin dalam kandungan,

1. Kasihilah suami dan tanamkan kepercayaan anda terhadapnya kerana suami merupakan orang yang paling hampir dengan anda.

2. Jaga kebersihan lidah iaitu tidak menyumpah seranah, mencerca dan mengeluarkan kata-kata yang kotor, keji dan kesat terhadap suami.

3. Jangan cerewet dan menimbulkan banyak karenah dalam rumahtangga sehingga boleh menyusahkan suami.

4. Jauhkan suami daripada menanggung bebanan hutang. Bersyukur dengan apa yang ada dan jangan banyak meminta.

5. Jauhi daripada perasaan mencintai orang lain, selain dari suami sendiri.

6. Hendaklah berlaku jujur dan jangan berlaku kejam terhadap suami.

7. Selesaikan sesuatu perselisihan faham yang berlaku sebelum masuk tidur. Ajak suami berbincang dan cuba amalkan sifat terbuka dalam perhubungan suami isteri.

8. Jauhi dari sifat suka bercerita keburukan dan membuka keaiban suami di hadapan kawan-kawan atau orang ramai.

9. Jauhi dari sifat suka menghina dan memandang rendah terhadap suami.

10. Jauhi perasaan cemburu membabi buta dan syak wasangka terhadap suami.

11. Jangan menderhakai suami, melawan cakap suami, mendesak suami supaya memenuhi keinginan dan lain-lain, kerana dikhuatiri akhlak ibu yang mengandung akan mempengaruhi watak dan akhlak kandungannya.

12. Jagalah adab pergaulan antara suami isteri.

Bagi ibu-ibu dan wanita yang sedang hamil marilah kita bersama-sama mengamalkan segala amalan yang dianjurkan oleh Islam supaya kita dapat membentuk sebuah keluarga yang bahagia, aman dan damai selalu.Semoga segala pekerjaan yang kita lakukan itu diredhai Allah di mana faedahnya akan dicapai dan kembali kepada anak-anak dan keluarga kita. Seterusnya akan menjadikan zuriat kita dalam keadaan baik. Mudah-mudahan zuriat kita menjadi soleh.

PERANAN SUAMI KETIKA ISTERI HAMIL

Peranan suami ketika isteri hamil amat penting. Tidak dapat dinafikan, para isteri akan merasa yakin dan selamat sekiranya dalam tempoh kehamilan mereka, suami sentiasa berada di sisi memberikan apa-apa jua pertolongan yang diperlukan oleh isteri. Suami harus peka dengan perubahan isteri dari segi fizikal dan emosi. Perubahan emosi wanita mungkin berlaku selaras dengan perubahan hormon dalam tubuh. Lebih-lebih lagi jika ia merupakan kehamilan pertama buatnya. Gejala-gejala awal seperti mual dan muntah-muntah seringkali membuatkan si isteri merasa cemas, bimbang dan panik apabila menghadapi apa yang terjadi. Seterusnya ia boleh menimbulkan tekanan yang membuatkan emosi ibu hamil tidak terkawal. Isteri juga boleh membuat tindakan di luar dugaan dan bagi suami yang faham dan tahu akan dapat menerima keadaan dan situasi sebegini. Pada situasi begini, suami mestilah bertolak ansur dan cuba memahami keadaan isteri. Ada isteri yang mengalami alahan teruk sehingga tiada upaya langsung dan sukar melakukan kerja rumah disebabkan terlalu penat. Perubahan emosi mendadak ditambah dengan perasaan rimas dengan keadaan diri sendiri menjadi punca mengapa isteri kadangkala dingin dan sering marah-marah. Suami hendaklah sentiasa tabah dan sabar dengan karenah isteri. Cuba tenangkan isteri dengan mengembirakan hatinya, meluahkan kata-kata lembut dan romantis ketika berkomunikasi dan sentiasa memberi sentuhan kasih sayang supaya isteri merasa yakin bahawa dirinya tetap disayangi oleh suami.

Hadis Rasulullah;

Sebaik-baik kamu adalah yang paling baik terhadap isterinya, sedang aku adalah yang terbaik terhadap isteriku

(Riwayat : Ibnu Majah)

Adalah digalakkan para suami memanjakan isteri ketika isteri hamil. Setiap perubahan isteri kerana alahan mengandung perlu ditangani dengan baik. Ada ketikanya isteri seakan membenci atau menjauhkan diri dari suami. Suami tidak perlu membalas perlakuan tersebut kerana itu pembawaan mengandung atau bayi akibat perubahan hormon.

Apabila isteri membuat pemeriksaan ke klinik, temanilah isteri anda. Pasti isteri akan merasa lebih selesa dan yakin dengan kehadiran suami pada setiap kali temujanji dengan doktor. Walaupun suami tidak terlibat dalam pemeriksaan tersebut, kehadiran itu telah menggambarkan penglibatan mereka. Para suami boleh mendengar denyut jantung bayi dan melihat sendiri bayi atau zuriatnya di dalam kandungan isteri.

Bagi yang mengikuti kelas pre-natal, senaman untuk memudahkan proses bersalin yang dihadiri bersama suami pasti akan dapat merapatkan lagi hubungan suami isteri. Suami akan lebih memahami derita isteri mengusung bayinya selama sembilan bulan sementara kehadiran suami, kasih sayang dan perhatiannya meredakan sengsara malah menjadi penawar pula kepada isteri.

Doa-doa dan surah-surah yang patut diamalkan untuk melahirkan anak-anak yang sihat, soleh, cemerlang dan sempurna

1. Doa yang baik diamalkan terutama selepas mengerjakan solat lima waktu.

Ertinya :

Ya Allah, peliharalah anakku selama di dalam kandunganku dan sembuhkan ia, sesungguhnya Engkau Maha Penyembuh, tiada sembuhan melainkan penawar Mu, sembuh yang tiada meninggalkan kesan buruk. Ya Allah, lahirkanlah ia dari kandunganku dengan kelahiran yang mudah dan sejahtera (selamat). Ya Allah, jadikanlah ia sihat sempurna, cerdik, berakal dan berilmu serta beramal soleh. Ya Allah, elokkan akhlak (perangainya) fasihkanlah lidahnya dan perelokkan suaranya untuk membaca Al-Quran dan Hadis dengan berkat Nabi Muhammad SAW.

2. Apabila sudah terasa sakit tanda-tanda hendak bersalin, ibu-ibu digalakkan mengamalkan doa seperti berikut:-

Ertinya :

Tiada Tuhan yang disembah sebenar-benarnya melainkan Engkau (Ya Allah) Maha Suci Engkau, sesungguhnya aku termasuk di kalangan orang-orang yang zalim.

3. Lazimkanlah membaca Surah Maryam (Surah ke 19, mengandungi 98 ayat) untuk mendapat anak yang soleh atau solehah, Surah Yusuf (Surah ke 12, mengandungi 111 ayat) untuk mendapat anak yang cantik, Surah Luqman (Surah ke 31, mengandungi 34 ayat) untuk mendapat anak yang bijak dan Surah Yaasin (Surah ke 36, mengandungi 83 ayat) agar memudahkan bersalin.

Hubungan suami isteri semasa hamil

1. Sifat yang perlu ada dalam hubungan suami isteri:

i. Timbang Rasa

Tanpa timbang rasa nikmat berumahtangga tidak akan dapat dirasakan. Seorang isteri amat memerlukan seorang suami yang bertimbang rasa lebih-lebih lagi semasa isteri hamil. Ketika inilah perlunya keprihatinan seorang suami. Janganlah urusan rumah semuanya diserah kepada isteri terutama apabila sama-sama bekerja. Suami juga boleh membantu apa yang patut demi untuk kebahagiaan rumahtangga bersama. Kekayaan dan kecantikan tidak dapat dijadikan sebagai satu jaminan.

ii. Persefahaman

Kasih sayang antara suami isteri tidak akan lahir tanpa persefahaman. Cinta dan kasih yang sering tiba akan mudah pudar tanpa persefahaman antara suami isteri. Dalam menanti kelahiran orang baru, banyak dugaan yang mungkin akan tiba dalam kehidupan suami isteri. Ketika inilah perlunya persefahaman di antara pasangan dalam menangani apa jua permasalahan yang mungkin akan timbul. Percayalah bahawa rukun damai itu menjelma dengan sendirinya di sebalik persefahaman.

iii. Hormat Menghormati

Biar setinggi mana kuasa suami dan biar sebijak mana si isteri, kerukunan dalam rumahtangga tidak akan wujud seandainya tiada sifat saling hormat-menghormati antara keduanya. Walaupun suami merupakan ketua keluarga yang sememangnya mesti dihormati dan dimartabatkan oleh si isteri, para suami tidak boleh mengambil kesempatan untuk melakukan sewenang-wenangnya terhadap para isteri. Para isteri juga perlukan penghormatan sebagai seorang isteri.

iv. Bermaaf-maafan

Sebagai tunjang kebahagiaan rumahtangga, suami isteri hendaklah bersedia daripada awal menjadi insan yang penuh dengan sifat-sifat islah iaitu sedia berdamai dan bermaaf-maafan. Kadang-kadang punca penceraian suami isteri adalah disebabkan kepada perkara yang kecil sahaja dan disebabkan sifat ego masing-masing. Akhirnya berlakulah perceraian yang tidak pernah kita rancang. Sebagai insan biasa, kita perlu akur bahawa tiada manusia yang sepi dari tutur kata dan tingkah laku yang salah. Kesalahan-kesalahan seumpama ini tidak boleh dibiarkan berlarutan. Sebaiknya masing-masing bersedia untuk menerima teguran dan nasihat seandainya melakukan kesalahan. Biar seberat mana kesalahan yang dilakukan jadikanlah kemaafan itu sebagai balasan kerana di sebalik kemaafan itulah sebenarnya tersembunyi rahsia kebahagiaan.

Amalan ciri-ciri keislaman dan tanggungjawab ibubapa semasa menyambut kelahiran bayi dan adat istiadat selepas kelahiran mereka

1. Aurat para ibu hendaklah sentiasa dijaga ketika hendak melahirkan anak dari pandangan orang yang bukan muhrim.

2. Sebaik-baiknya hendaklah tangan-tangan yang suci (wanita yang beriman) yang menyambut kelahiran anak tersebut dalam suasana penuh keislaman. Kemudian didengarkan azan di telinga kanan dan iqamah di telinga kiri. Digalakkan membaca surah Al-Qadr pada telinga yang kanan moga-moga dilindungi Allah dari sebarang perbuatan zina dan segala rupa bentuk.

Mafhum ayat dari surah al-Qadr awal-akhir:

Sesungguhnya Kami telah menurunkan (al-Quran) pada malam lailatul qadar dan apa jalannya engkau dapat tahu apa dia kebesaran malam Lailatul Qadar itu? Malam Lailatul Qadr itu lebih baik daripada seribu bulan - pada malam itu diturunkan malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut) sejahteralah malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar.

3. Ditahnik - iaitu disapu atau digosok pada langit-langit kanak-kanak itu dengan sesuatu yang manis seperti kurma (dengan dihancurkan) atau madu atau jenis manisan gula.

4. Sunat dicukur rambut anak serta memberi sedekah emas atau perak seberat timbangan rambutnya itu pada hari ketujuh kelahirannya. Hikmahnya akan menambahkan tenaga dan menyihatkan badan serta pendengarannya. Sunat juga mengaqiqahkan anak pada hari itu (lebih utama dengan dua ekor kambing bagi bayi lelaki dan seekor kambing bagi bayi perempuan). Bagaimanapun sekiranya disembelih juga dengan seekor kambing, tetap mendapat pahala aqiqahnya sama ada bagi anak lelaki atau perempuan. Sabda Rasulullah s.a.w:

(Anak diaqiqahkan pada hari ketujuh, lalu diberi nama dan dibuangkan segala yang mengganggunya (dicukur).

Abi Abdullah meriwayatkan dari bapanya bahawa Rasulullah s.a.w telah membuat aqiqah untuk cucunya Hasan dan Husin dengan dua ekor kibas pada hari ketujuh kelahiran kedua-duanya. Tidak dipatahkan akan tulang-tulang kibas itu. Dagingnya dibuat sup dan dijamu kepada jiran-jiran.

5. Pada hari ke tujuh itu juga ibu bapa disuruh memberi nama yang baik-baik dan elok sama ada pada sebutan atau maknanya mengikut istilah agama seperti nama para rasul dan sahabat Rasulullah s.a.w agar mendapat keberkatannya. Contohnya, Muhammad, Ahmad, Abdullah, Rokiah, Khadijah, Ummu Salamah, Maimunah, Atiqah dan lain-lain.

Sabda Rasulullah SAW:

Di antara kewajipan ayah kepada anaknya ialah mendidiknya baik-baik dan memberinya nama yang baik.

Sesuatu kaum yang mengadakan mesyuarat lalu hadir di dalamnya seorang yang bernama Muhammad akan mendapat kebajikan kaum itu.

6. Pilihlah perempuan yang solehah dan kuat beragama sekiranya anak tersebut hendak disusukan oleh orang lain. Sepatutnya ibunyalah yang mempunyai sifat demikian. Susu yang bersih memberi keberkatan kepada anak dan tingkah laku ibu atau ibu susu menjadi ikutan atau tiruan kapadanya.

7. Sunat memotong kuku bayi.

8. Hendaklah selalu diperdengarkan kepada anak-anak kecil akan kalimah-kalimah suci.

9. Apabila kanak-kanak itu meningkat umurnya hendaklah pula diberi pendidikan yang sesuai mengikut tingkatan umurnya. Pendidikan yang dimaksudkan ialah didikan akhlak, budi pekerti, sembahyang, Fardhu Ain, membaca Al-Quran, membentuk rohani hingga bersedia menjadi insan yang mulia (insan kamil).

10. Apabila telah ditemukan jodoh maka uruskanlah perkahwinannya hingga selamat serta berjaya dan doakan moga-moga perkahwinan tersebut bahagia dan mendapat keberkatan di dunia dan di akhirat.

WALLAHUALAM

CINTA KERANA ALLAH

Niat adalah permulaan pada setiap perbuatan. Niat juga adalah perkara pokok dalam setiap tindakan. Niat menentukan segalanya. Niat juga mempengaruhi tingkahlaku kita. Rasulullah telah berkata bahawa setiap amal perbuatan adalah disertai dengan niat.

Ini bermakna, tiada perbuatan atau tindakan yang tiada berniat. Secara jelas atau tersembunyi , kita sebenarnya sudah memasang niat untuk melakukan sesuatu. Dalam solat, niat dinyatakan di dalam hati dan secara lisan sebelum takbir diangkat. Tanpa niat, solat tidak sah. Dalam berpuasa, niat menentukan sah atau tidak puasa kita dan apa jenis puasa kita. Satu perkara yang perlu dinyatakan, niat juga menentukan ganjaran yang bakal diterima berdasarkan penilaian Allah Taala terhadap amalan kita.

Jelas Allah menekankan ‘awareness’ atau kesedaran dalam setiap apa yang kita lakukan. Di situ fungsinya akal, berfikir sebelum bertindak. Secara sedar membuat dan merancang tindakan membezakan kita dengan haiwan.

Namun begitu, masalahnya pada kita ialah kita seringkali tidak sedar akan niat disebalik perbuatan kita. Jika kita membuat sesuatu, kita jarang menyatakannya secara sedar. Jika nak jadi jadilah.. Jika nak buat..buatlah.

Dalam urusan percintaan kita dengan pasangan suami atau isteri , pernyataan cinta amat penting. Namun pernyataan dan kesedaran mengapa dan kerana apa kita mencintai pasangan juga lebih penting. Mencintai seseorang selain dari Allah Taala mempunyai risiko yang besar. Cinta mendorong kita untuk melakukan apa yang terbaik untuk orang yang kita cintai. Niat cinta kita akan menentukan sama ada kita merasa berbaloi atau tidak melaburkan segala kebaikan itu tadi. Jika kita mencintai pasangan kerana kebaikan yang diberi, bermakna perasaan kita pada pasangan mungkin tergugat bila kebaikan yang diberi sudah terhenti. Jika cinta kita pada pasangan kerana kecantikan yang menawan hati, cinta kita mungkin akan susut bila kecantikan tersebut mula pudar. Lebih memedihkan bila orang yang kita cintai beralih arah dan mula melaburkan cintanya pada yang lain. Bermakna cinta dan kebaikan yang kita laburkan tidak berbalas dan tidak berbaloi. Akibatnya hati kita merasa kecewa, hampa, sedih, terluka dan merana.

Mestikah cinta yang kita laburkan dibalas dengan kebaikan yang sama?. Hakikatnya, ya. Kita akan merana jika hati tidak merasa dicintai. Tetapi berbaloikah melabur cinta kepada manusia kerana sesuatu yang berubah-ubah dan tidak kekal?.

Cinta pada yang lebih kekal mampu memberikan jaminan ketenangan jiwa. Cinta pada manusia dibolehkan tetapi biarlah ikhlas kerana Allah. Pernyataan sedemikian lebih menenangkan jiwa . Niat sedemikian lebih menjamin keamanan perasaan. Niat cinta kerana Allah membuahkan perasaan yang lebih jujur, ikhlas, suci dan menenangkan. Cinta kerana Allah lebih berwawasan tinggi, lebih jauh hingga ke akhirat. Mereka yang mencintai seseorang kerana Allah lebih mudah bangkit bila dikecewakan. Mereka yang cinta kerana Allah lebih mulia sikap dan perlakuannya terhadap pasangan. Seorang isteri yang mengabdikan kehidupannya berkhidmat untuk suami tersayang kerana Allah Taala masih merasa kehidupannya dan khidmatnya masih berbaloi sekalipun suami tidak menghargai jasanya. Seorang suami yang menjaga dan melindungi isterinya kerana Allah tidak mudah untuk menganiaya isteri sekiranya berlaku konflik antara mereka.

Sebagai perbandingan, seseorang suami yang mencintai isterinya semata-mata kerana kebaikan sikap, kelembutan tingkahlaku serta keayuan wajah isterinya sebenarnya meletakkan cintanya kepada sesuatu yang cukup rapuh. Manakan kebaikan itu kekal setiap masa dan ketika, adakalanya sebagai insan biasa yang punyai kelemahan cenderung untuk berubah -ubah mengikut keadaan. Demikian juga dengan kecantikan wajah. Apakah maknanya jika isteri itu sudah tidak cantik kasih sayang dan cinta yang sama akan terus kekal atau surut bersama-sama dengan kecantikan tersebut?. Kebiasaannya cinta itu akan mudah berpaling arah, mencari kecantikan yang dicintainya, kerana jika kecantikan yang dicintainya, cinta tersebut boleh berpindah dari yang semakin kurang cantik kepada yang masih cantik. Di sinilah masalah bermula. Kecurangan, bermula dari pudarnya rasa kasih dan sayang. Kecurangan sering menimbulkan kekecewaan perasaan oleh sang isteri. Hiba, sedih, tertekan dan sebagainya. Kecurangan juga menimbulkan perbuatan seperti penderaan, penganiayaan perasaan, penipuan, penindasan dan sebagainya.

Sementara itu, di pihak isteri pula jika cintanya tidak berpaksikan cinta kerana Allah, bermakna akan tertekanlah isteri tersebut. Akan hancurlah cinta yang dilaburkan selama ini. Cintanya terasa disia-siakan oleh si suami. Hidup akan tidak bermakna lagi. Maka mudahlah rasa putus asa timbul di jiwa. Kekecewaan yang menyelubungi diri melemahkan perasaan hingga segala apa di sekeliling tidak diperdulikan lagi. Bahkan anak-anak juga turut diabaikan. Hingga ke satu tahap mudah saja tindakan untuk meragut nyawa sendiri. Begitulah rantaian cinta yang berpaksikan manusia. Cinta yang berpaut pada sesuatu yang mudah berubah dan lemah .

Seharusnya cinta yang dianggap suci dan murni serta mahal nilainya diletakkan pada sesuatu yang kukuh dan juga tinggi nilainya. Seharusnya kita mencintai suami atau isteri biarlah kerana Allah. Cinta sejati kita letakkan kepada Allah sahaja, tiada yang lebih daripada itu. Bila cinta kita kerana Allah, sekalipun perasaan kita atau pasangan berkurangan terhadap kita, kekuatan jiwa masih bersisa untuk kita terus kuat mengharungi hidup. Sekurang-kurangnya hidup ini masih lagi ada maknanya sekalipun orang yang kita sayangi sudah meninggalkan kita.