Friday, January 9, 2009

KISAH DIALOG IBLIS DENGAN NABI...


Di ceritakan dari Wahab bin Munabbah.
Allah berfirman kepada iblis untuk mendatangi Nabi Muhammad SAW untuk bertanya kepada Nabi Muhammad SAW. Iblis langsung mengunjungi kepada baginda dengan berupa seorang tua. Setelah bertemu dengan baginda lalu baginda bertanya kepada iblis:
Baginda : Siapa kamu?
Iblis : Saya adalah iblis (syaitan).
Baginda : Apa tujuanmu berjumpa dengan ku?
Iblis : Allah memerintahkan aku berjumpa baginda untuk mejawab segala
soalan yang paduka tanyakan kepadaku.
Baginda : Wahai iblis musuh-musuhmu yang terdiri dari umatku itu ada berapa?
Iblis : Ada 15 . Pertama, engkau sendiri ya Muhammad..Pemimpin yang
adil...Orang kaya yang merendah diri (tidak sombong kerana
kekayaannya)...Pedagang yang jujur dan tidak berdusta...Orang
alim yang khusyuk di dalam melakukan solat. Orang mukmin yang
belas kasihan...Orang yang selalu bertaubat..Orang menjaga dirinya
dari barang haram....Orang mukmn yang sentiasa wuduk..Orang
mukmin yang bagus budi pekertinya...Orang mukmin yang selalu
membuat kemanfaatan kepada orang lain..Orang yang hafal
Al-Quran dan selalu membacanya...Orang yagn selalu melakukan
solat malam di saat orang-orang sedang nyenyak tidur (solat
tahajud).

Setelah iblis memberitahu 15 golongan musuhnya lalu baginda menyoal lagi...

Baginda : Wahai iblis, berapakah golongan kawan-kawanmu yang terdiri dari
umatku?
Iblis : Ada 10 macam..Pertama hakim yang curang..Orang kaya yang
sombong....Pedagang yang curang...Orang yang sering minum
arak (minum-minuman keras)...Orang yang suka mengadu domba.
Orang yang riak (apabila beramal minta dipuji-puji orang)...Orang
yang makan hak anak yatim..Orang yang tidak mahu
mengeluarkan zakat.....Orang yang suka mengelamun....Sepuluh
orang itu yang menjadi kawan setiaku dan menjadi kawan setiaku
menjadi saudaraku wahai Nabi...(Tambiihul Ghaafiliin)

Firman Allah SWT yang bermaksud:

"Sesungguhnya syaitan itu bagimu semua adalah musuh, maka jadikanlah syaitan itu musuhmu" (fathir:6)

No comments: